23
Dec

Konsert Teaterikal Pasar Seni Di Bawah Tiang Lampu

Katarsis Seni

Dec 23, 2023
- Dec 24, 2023
8:30 pm

Panggung Bandaraya KL

Wilayah Perseketuan
Kuala Lumpur

Ticketed

Theatre

Pasar Seni di Kuala Lumpur telah dibina oleh British sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barangan basah untuk para pelombong timah dan penduduk sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1888. Ia membangun dengan pesat pada tahun 1970-an dan PS ini cuba dirobohkan atas beberapa sebab(Nur Dwi Kristiningrum (2014). Namun, campur tangan Persatuan Warisan Malaysia membuat petisyen bantahan terhadap rancangan tersebut membuatkan Pasar Seni kekal sehingga sekarang lantas ia dikenali sebagai Tapak Warisan yang menyimpan pelbagai sejarah. Menurut BERNAMA, Pasar Seni Kuala Lumpur juga menjadi tempat bagi seniman dan pengrajin lokal untuk mempamerkan dan menjual karya mereka sekaligus tempat pengembangkan bakat. Terdapat pelbagai aktiviti kesenian berlangsung di pasar seni sejak zaman 80-an dan antara seniman yang menjadikan Pasar Seni tempat berkumpul di bawah tiang lampu ketika itu ialah Sasterawan Negara A. Samad Said, Datuk M. Nasir, Imuda, Pyan Habib, Sani Sudin dan ramai lagi dalam mengekspresikan eksperimental seni dan pengembangan budaya ketika itu. Kini, Pasar Seni Kuala Lumpur juga menjadi tempat untuk mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke seluruh dunia.

Konsep Persembahan yang dicadangkan berbentuk Teaterikal, Bacaan Puisi, Prosa tradisional, teater monolog, nyanyian lagu rakyat dan pelbagai lagi dengan berlatarkan sejarah 80-an di Tapak Warisan, Pasar Seni Kuala Lumpur. Pelakon dan artis terdiri dalam kalangan warga yang pernah menaikkan seni budaya ketika itu seperti Sani Sudin, Pyan Habib , aktivis dan mahasiswa-mahasiswa Universiti pendidikan Sultan Idris dan beberapa universiti yang berdekatan dengan Kuala Lumpur antaranya ASWARA dan Universiti Malaya.

Artist

Katarsis Seni

Katarsis Seni merupakan kelab yang dianggotai oleh ahli dalam kalangan professional yang terdiri dalam kalangan pensyarah, guru, jurutera dan ramai lagi yang juga merupakan aktivis yang aktif dalam bidang teater, puisi, nyanyian, syair, monolog dan pelbagai lagi. DBKL merupakan badan yang tak dapat dinafikan lagi dalam pengurusan cara dan pernah bekerjasama dengan KS dalam beberapa acara besar sejak 2020. Manakala UPSI akan membariskan kepakaran dari sudut tenaga pengajar dan tenaga pengurusan dan kerja kreatif bagi memastikan kualiti persembahan berimpak tinggi dan mencapai objektif yang digariskan.

You Might Like

Minggu Blok Batik
Mohd Khairi Bin Mahmood
Kota Bharu
Kelantan
Nov 11
- Nov 13, 2023
Langgeng Bangsawan 2.0 : Dewa Kencana
Persatuan Bangsawan Warisan Jelapang
Alor Setar
Kedah
Dec 24
- Dec 25, 2023
8:00 pm
ind1e: Pentas Seni NFT
Pentas Aksi Enterprise
Johor Bharu
Johor
Nov 4
9:00 am
Konsert Inderapura 3 Budaya
Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang
Kuantan
Pahang
Dec 9
Panggung Semar 2.0 (Puteri Mayura)
Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA)
Melaka
Dec 9
WarnaSari Lifestyle Colours - Peranakan Chinese of Tere...
Persatuan Peranakan Cina Terengganu
Kuala Terengganu
Terengganu
Oct 2
- Oct 4, 2023
10:00 am