9
Dec

Konsert Inderapura 3 Budaya

Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang

Dec 9, 2023

Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

Kuantan
Pahang

Ticketed

Music

Konsert Inderapura 3 Budaya bertemakan perpaduan dan warisan seni budaya yang dikuasakan melalui program Arts for All Seasons (ArtsFAS) oleh Yayasan Hasanah. Ia mengabungkan persembahan unik dan segar dari 3 kaum utama iaitu melayu, cina dan india dengan penyusunan aturan persembahan berkonsep 3 budaya. Moh! bersama menyokong dan terokai hasil inisiatif anjuran Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang bersama barisan tokoh dan seniman Negeri Pahang dari pelbagai bangsa dalam mengarap bakat-bakat baru dan profesional serta barisan produksi berpengalaman dalam mempersembahkan satu konsert istimewa yang menyertakan penglibatan 116 orang merangkumi dari tokoh-tokoh, para penggiat dan pemain industri seni di Negeri Pahang.15 lagu bagi konsert ini akan digubah oleh seorang komposer dan guru muzik muda yang berbakat besar. 5 pemuzik tradisional akan digabungkan bersama kumpulan mini orkestra dari Khoo Academic of Music & Art bersama penampilan 6 orang penyanyi, 3 kumpulan tarian dan 3 kumpulan koir yang akan mempersembahkan kehalusan dan kesenian budaya 3 bangsa dengan penuh semangat perpaduan. Gabungan persembahan ini akan dipentaskan secara ekslusif pada 11 November 2023 jam 9 malam di Auditorium Darul Makmur RTM Pahang. Konsert ini menyediakan 1,000 tempat duduk khas dengan 4 pilihan nilai yang berpatutan untuk anda semua bagi bersama menyokong, meneroka dan meresapi semangat perpaduan antara kaum utama negara melalui gabungan seni budaya dalam persembahan Konsert Inderapura 3 Budaya. Moh Weh!
.

Artist

Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang

Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang memfokuskan kepada pelbagai aktiviti dan program yang berkait dengan seni, budaya dan warisan tanahair kepada masyarakat dan turut berusaha bersama Kerajaan untuk meletakkan rakyat Malaysia ke tahap budaya yang bertamadun tinggi. Persatuan memfokuskan aktiviti serta pengembangan kesenian dan kebudayaan Negeri Pahang. Tiga inisiatif utama persatuan adalah Pendidikan Seni Budaya, Produksi dan Pengurusan Acara Seni Budaya.

You Might Like

Menempa Tari Tradisi 'Di Bawah Bayu' 2023
Ask Dance Company Sdn Bhd
Tuaran
Sabah
Dec 15
- Dec 17, 2023
ind1e: Pentas Seni NFT
Pentas Aksi Enterprise
Kuching
Sarawak
Oct 15
9:00 am
Walimatulurus - Community Theatre Comes To KL
Projek Suatukala Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Dec 15
- Dec 16, 2023
Promoting Chetti Food Culture Through Food Portrait Art
The Rojak Projek / TRP Creatives Enterprise
Melaka
Oct 27
- Oct 29, 2023
Mapo Festival 2023
Pudipang Industries
Muar
Johor
Dec 16
- Dec 17, 2023
10:00 am
Panggung Semar 2.0 (Puteri Mayura)
Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA)
Melaka
Dec 9