Arts For All Seasons (ArtsFAS) atau Artsfor All Seasons adalah program geran oleh Yayasan Hasanah yang menyokong inisiatif yang memfokuskan kepada seni, warisan, dan tradisi budaya di Malaysia.

Meraikan Warisan Hidup di Malaysia

Di Yayasan Hasanah, kami mengangkat seni warisan dan tradisi budaya sebagai sebahagian penting daripada identiti nasional Malaysia. Ini merangkumi kraf tradisional, seni persembahan, tradisi lisan, seni visual, tradisi kulinari, serta pengetahuan budaya lain yang diwarisi dari satu generasi ke generasi lain dan terus membentuk landskap budaya Malaysia.

Ilmu seni dirai, tradisi dihayati @ Raikan Seni, Taman Tugu

ArtsFAS telah dilancarkan semasa pandemik COVID-19 untuk menyokong komuniti penggiat seni dan budaya dalam tempoh yang mencabar ketika itu. Pada hari ini, ArtsFAS telah berkembang menjadi program yang memperkukuh ekosistem seni dan warisan Malaysia.

Melalui ArtsFAS, Yayasan Hasanah menyokong projek yang:

  • Memelihara, menyimpan dan mendokumentasikan seni warisan
  • Menurunkan kemahiran seni dan pengetahuan budaya kepada generasi seterusnya
  • Memperkukuh komuniti dan penggiat dalam seni warisan
  • Mewujudkan peluang untuk penggiat budaya Malaysia berkongsi karya mereka dengan masyarakat umum

Saiz Geran & Tempoh

Jumlah Pembiayaan

Sehingga RM250,000 bagi setiap projek
(Jumlah akhir akan ditentukan berdasarkan skop projek dan penilaian)

Tempoh Projek

Sehingga 6 bulan

Tempoh Permohonan

Dibuka sepanjang tahun sehingga dana yang tersedia diagihkan sepenuhnya.

Proses Penilaian

Permohonan dinilai secara suku tahunan

Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya 20 minggu sebelum pelaksanaan program.

Menghidupkan seni, Agar Terus Dihargai oleh JBDrums

Kriteria Kelayakan

Pemohon perlu:

Berdaftar sepenuhnya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau Suruhanjaya Syarikat Syarikat (di bawah SSM).

Telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum memohon geran Yayasan Hasanah.

Mempunyai pengalaman atau penglibatan dalam projek seni, warisan atau budaya.

Sekiranya organisasi sebelum ini beroperasi di bawah nama lain, dokumen sokongan hendaklah dikemukakan untuk mengesahkan kesinambungan operasi tersebut.

Geran ArtsFAS merupakan sokongan berbentuk sekali sahaja dan tidak boleh bertindih dengan mana-mana program pembiayaan Yayasan Hasanah berikut:

  • Geran Hasanah
  • Geran Mikro Hasanah
  • Penajaan
  • Geran Perusahaan Sosial
  • Dana Kemanusiaan

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen berikut:

Memperkasa komuniti, melestarikan mata pencarian komuniti Batu Lungunyan

Bidang Projek yang Disokong

ArtsFAS menyokong projek yang menyumbang kepada pembangunan dan kelestarian ekosistem seni, warisan dan budaya Malaysia melalui salah satu bidang berikut:

Pemerkasaan Pengetahuan dan Kemahiran

⁠Warisan legasi, memupuk masa depan oleh Lambo Sari

Projek yang menyokong pemindahan kemahiran seni dan pengetahuan budaya daripada penggiat berpengalaman kepada pelajar baharu atau generasi muda.

Contoh Projek

  • Program bimbingan mentor–perantis
  • Latihan tarian atau muzik warisan
  • Program pembangunan kemahiran kraftradisional
  • Bengkel berstruktur yang dikendalikan oleh artisan

Sasaran Kami

  • Hasil pembelajaran yang jelas
  • Kaedah pengajaran atau bimbingan yang berstruktur
  • Bukti peserta memperoleh kemahiran baharu

Tidak Diberi Keutamaan

  • Bengkel atau persembahan sekali sahaja (one off) tanpa pembelajaran berstruktur
  • Demonstrasi tanpa pemindahan pengetahuan

Projek Warisan Berasaskan Komuniti

Pembelajaran komuniti, bengkel untuk masa depan oleh Canvas Art

Projek yang melibatkan komuniti setempat sebagai peneraju utama serta peserta aktif dalam memelihara dan memperkukuh tradisi budaya mereka.

Contoh Projek

  • Pemulihan semula kraf tradisional atau seni persembahan dalam komuniti
  • Ruang budaya kendalian komuniti atau hab budaya desa
  • Perhimpunan budaya setempat yang berkongsi pengetahuan warisan

Sasaran Kami

  • Penglibatan aktif ahli komuniti dalam perancangan dan pelaksanaan
  • Relevan dalam aspek budaya kepada komuniti setempat
  • Berpotensi untuk diteruskan selepas tempoh geran

Tidak Diberi Keutamaan

  • Festival sekali sahaja tanpa penglibatan komuniti
  • Acara budaya tanpa penyertaan penggiat tempatan

Pendokumentasian dan Pemeliharaan Pengetahuan Budaya

Mendokumentasi warisan, melindungi naratif— Buku Telepuk Bunga Emas Yang Dilupai oleh Lamar Dollar

Projek yang merekod, mengarkib atau berkongsi pengetahuan warisan serta amalan budaya untuk tujuan pembelajaran dan rujukan pada masa hadapan.

Contoh Projek

  • Projek pendokumentasian warisan
  • Arkib pengetahuan tekstil atau kraf
  • Dokumentasi video berkaitan budaya
  • Penerbitan atau bahan pendidikan

Sasaran Kami

  • Hasil yang jelas seperti penerbitan, arkib digital, video atau kit rujukan
  • Pengetahuan yang boleh diakses oleh penggiat, pelajar atau masyarakat

Tidak Diberi Keutamaan

  • Pendokumentasian tanpa perkongsian kepada umum
  • Portfolio peribadi atau bahan promosi

Kepimpinan Budaya dan Pemerkasaan Kapasiti

Membangun kapasiti, tingkat amalan melalui residensi

Projek yang memperkukuh kepimpinan, penyelarasan dan kapasiti organisasi dalam sektor seni warisan.

Contoh Projek

  • Program latihan untuk penganjur budaya atau pemimpin warisan
  • Jaringan atau kolektif artisan dan penggiat budaya
  • Inisiatif pemetaan budaya
  • Program yang menghubungkan penggiat dengan komuniti

Sasaran Kami

  • Program yang menghubungkan penggiat dengan komuniti
  • Pembangunan kepimpinan atau kapasiti organisasi
  • Pengukuhan jaringan atau ekosistem budaya

Tidak Diberi Keutamaan

  • Acara bersifat terasing tanpa pembangunan sektor jangka panjang

Pameran Budaya dan Platform Awam

Mengaktifkan ruang, memperkasakan Ekonomi Jingga dengan Kelab Bandar Kita Johor Bahru

Projek yang menyediakan peluang kepada artis, artisan dan penggiat budaya di Malaysia untuk berkongsi karya serta pengetahuan budaya mereka dengan masyarakat.

Contoh Projek

  • Festival budaya yang menampilkan penggiat warisan
  • Pameran artisan atau platform kraf
  • Program yang memperkenalkan penggiat baharu kepada khalayak yang lebih luas

Sasaran Kami

  • Pendedahan bermakna kepada penggiat budaya
  • Penglibatan masyarakat dengan seni warisan
  • Program yang dikurasi bagi menampilkan tradisi budaya

Tidak Diberi Keutamaan

  • Acara komersial tanpa fokus kepada pembangunan budaya
  • Acara di mana penggiat hanya berperanan sebagai bakat pentas

Maklumat Tambahan untuk Pemohon

Untuk organisasi yang pernah menerima sokongan ArtsFAS:

  • Permohonan baharu/ terkini perlu menunjukkan elemen baharu atau hasil yang diperluas
  • Projek yang dicadangkan tidak boleh mengulangi aktiviti yang telah dibiayai sebelum ini

Pemohon digalakkan untuk memastikan projek mereka menunjukkan hasil yang jelas dan impak yang boleh diukur, seperti:

  • Pembangunan kemahiran
  • Pemindahan pengetahuan
  • Hasil pendokumentasian
  • Penglibatan komuniti
  • Pengukuhan jaringan budaya

Projek ArtsFAS adalah terhad kepada sokongan untuk komuniti bakat seni tempatan Malaysia sahaja.

Memberi warisan nafas baru, kekal hidup di masa kini oleh IKAT Malaysia

© 2026 Yayasan Hasanah 201301045726 (1075550P) - All Rights Reserved