Pameran Nelayan Berkolek diadakan bagi mengetengahkan kesenian, kebudayaan, dan warisan kehidupan sebagai nelayan di kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pameran ini akan mempamerkan kesenian warisan Melayu pada zaman dahulu di mana perahu dihiasi dengan bangau, okok dan caping. Kami akan mempamerkan peralatan lama seperti okok, bangau, caping perahu dan peralatan lain yang berkait dengan kehidupan nelayan.