31
Dec

Lagu Dari Seluloid

Mac Training Centre Sdn. Bhd.

Dec 31, 2023

Desa Melawati

Kuala Lumpur

Public Event

Music

LAGU DARI SELULOID adalah sebuah projek pendigitalan skor-skor muzik dan rakaman semula (secara digital) lagu-lagu dari filem era 1950an. Seramai 10 pelajar terpilih dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan terlibat di dalam penyelidikan dan penulisan skor-skor muzik. Skor-skor muzik ini akan di serahkan kepada Pengarah Muzik yang akan membuat rakaman semula bersama para pemuzik dan penyanyi-penyanyi terpilih. Rakaman audio akan di serahkan kepada Juru Adun Audio untuk melalui proses adunan (mixing & mastering). Seterusnya, rakaman audio akan di hantar kepada Pereka Grafik dan Penyunting Visual untuk melalui proses rekaan grafik dan visual untuk lagu-lagu tersebut. Antara intipati visual ialah kredit nama para komposer, penulis lirik dan penyanyi di samping skor-skor instrumentasi. Visual-visual ini akan di muatnaik ke saluran You Tube Mac Training Centre dan akan di promosi di media-media massa dan media-media alternatif.

Artist

Mac Training Centre Sdn. Bhd.

MAC Training Centre adalah satu syarikat yang menawarkan servis seperti pengurasan acara, latihan dan perolehan. Industri musik merupakan salah satu industri yang menjadi keutamaan MAC dalam meningkatkan quality dan pendapatan kepada kelompok industry. Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh MAC ialah, produksi “Salam dari Maya 2.0” di bawah naungan Kementerian Komunikasi & Multimedia melalui geran Dana Kandungan Digital Muzik dengan kerjasama Zepp Kuala Lumpur, MFE Production dan F&N.

You Might Like

ind1e: Pentas Seni NFT
Pentas Aksi Enterprise
Shah Alam
Selangor
Sep 17
9:00 am
RhapsoD
HANDS Percussion
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Nov 30
- Dec 3, 2023
Pentas Seni Merdeka
Think City
Kuala Lumpur
Nov 18
Mapo Festival 2023
Pudipang Industries
Muar
Johor
Dec 16
- Dec 17, 2023
10:00 am
Panggung Semar 2.0 (Puteri Mayura)
Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA)
Kuala Lumpur
Dec 16
Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringk...
Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Aug 4
- Sep 23, 2023
9:00 am