2
Dis

Pertandingan Jom Main Congkak 2.0

Arja Art Academy

Dis 2, 2023
10:00 am

Pata Ndo

Tumpat
Kelantan

Ticketed

Crafts

Jom main Congkak adalah kesinambungan dari sebuah kajian dibawah Arja Art Academy yang dijalankan di dalam tempoh lockdown melanda baru baru ini. Ia adalah bertujuan memperkenalkan, mendekatkan dan memupuk rasa minat kanak2 pada masa kini pada permainan tradisional melayu di negara kita iaitu Congkak.
Jom Main Congkak 1.0 telah berjaya dijalankan di Bachok Kelantan pada Januari 2023, ianya dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dengan pelbagai pengisian serta aktiviti-aktiviti menarik bertemakan tradisional.

Jom Main Congkak 2.0 bakal menyusul pada Disember 2023 di Tumpat Kelantan dengan menyediakan pelbagai pengisian, aktiviti serta dimensi yang berbeza dari penganjuran sebelumnya. Kali ini, sejarah serta keindahan yang ada di sekitar Tumpat bakal dibongkar dan diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza buat tatapan semua yang hadir nanti.

Tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kerana ia adalah percuma. Memandangkan Jom Main Congkak adalah sebuah Projek yang bertujuan untuk mendidik, mendekatkan dan meningkatkan apresiasi masyarakat khususnya pada permainan tradisional congkak, ini adalah pendekatan terbaik untuk menarik minat mereka untuk turut sama menyertai projek ini nanti.

Artist

Arja Art Academy

Arja Art Academy adalah sebuah akademi pembelajaran merangkumi pelbagai bidang seni seperti lakonan, tarian, nyanyian dan aktiviti-aktiviti seni yang lain. Menjadi sebuah akademi yang bukan hanya untuk proses pembelajaran bahkan mendidik dan melahirkan generasi yang celik seni selain meningkatkan tahap apresiasi seni di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

You Might Like

Teater "Keringat Dabus Tanjung Bidara"
Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP)
Ipoh
Perak
Nov 10
- Nov 11, 2023
8:30 pm
SOUL of Odyssey
KL Shakespeare Players
Petaling Jaya
Selangor
Okt 26
- Okt 29, 2023
8:00 pm
Ghazal Parti
Pisang Production Sdn. Bhd.
Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Dis 23
- Dis 23, 2023
5:00 pm
Pentas Seni Merdeka
Think City
Kuala Lumpur
Nov 18
Pentas Seni Merdeka
Think City
Kuala Lumpur
Okt 14
- Okt 14, 2023
6:00 pm
Konsert Teaterikal Pasar Seni Di Bawah Tiang Lampu
Katarsis Seni
Wilayah Perseketuan
Kuala Lumpur
Dis 23
- Dis 24, 2023
8:30 pm