24
Dis

Langgeng Bangsawan 2.0 : Dewa Kencana

Persatuan Bangsawan Warisan Jelapang

Dis 24, 2023
- Dis 25, 2023
8:00 pm

Dewan Konvensyen Universiti Antarabangsa Albukhary

Alor Setar
Kedah

Ticketed

Theatre

Langgeng Bangsawan 2.0 : Dewa Kencana merupakan lanjutan kedua bagi program Kelestarian Bangsawan bagi menghidupkan semula Seni Persembahan Bangsawan di Negeri Kedah.Persembahan kali ini mementaskan "Bangsawan Dewa Kencana" karya Kamarul AR, arahan Aznida Nur binti Azizan. Bangsawan Dewa Kencana berdasarkan kisar pada hak-hak tentang keringat dan perjuangan para pemimpin terdahulu yang membina tanah air dan negeri berpaksikan kehendak, sumpah dan harapan nenek moyang. Sebilah keris yang dicari "Keris Pusaka" menjadi satu perlambangan kepada perlembagaan dan kuasa. Kerana ketamakan kuasa untuk memegang tampuk pemerintahan Tanah Selendang Mahkota. Raja Demara Muazar diguling dan dibunuh oleh Raja Kiabang Indera. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raja Demara Muazar sempat meninggalkan amanah kepada Wangsa Jati agar anaknya Kencana Demara dapat dikembalikan ke tahta Tanah Selendang Mahkota.

Artist

Persatuan Bangsawan Warisan Jelapang

Persatuan Bangsawan Warisan Jelapang (PBWJ) telah ditubuhkan pada September 2020 diatas nasihat tokoh bangsawan Hajii Morad Ibrahim. Persatuan terdiri dari beberapa individu yang berlatar belakangkan seni teater bangsawan di bawah didikan tokoh bangsawan terkenal Haji Morad bin Ibrahim. PBWJ bertanggungjawab untuk membangunkan dan mengembalikan semula kegemilangan Pementasan Bangsawan sekaligus menjadikan Negeri Kedah sebagai pusat rujukan dan pengembangan Bangsawan.

You Might Like

Teater "Keringat Dabus Tanjung Bidara"
Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP)
Ipoh
Perak
Nov 10
- Nov 11, 2023
8:30 pm
Pentas Seni Merdeka
Think City
Kuala Lumpur
Nov 18
Konsert Inderapura 3 Budaya
Persatuan Gelanggang Seni Warisan Negeri Pahang
Kuantan
Pahang
Dis 9
Pentas Seni Merdeka
Think City
Kuala Lumpur
Okt 14
- Okt 14, 2023
6:00 pm
Walimatulurus - Community Theatre Comes To KL
Projek Suatukala Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Dis 15
- Dis 16, 2023
Revitalising the Rhythms of Kompang Teruntung and Hadar...
Pusat Budaya Pusaka Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Selangor
Sep 12
- Sep 12, 2023
8:30 pm