10
Nov

Teater “Keringat Dabus Tanjung Bidara”

Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP)

Nov 10, 2023
- Nov 11, 2023
8:30 pm

Auditorium JKKN Perak

Ipoh
Perak

Ticketed

Theatre

Teater "Keringat Dabus Tanjung Bidara" diinspirasi dari kisah kumpulan Dabus Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Perak yang mengisahkan perjuangan dan survival kumpulan kesenian tradisional yang mendepani cabaran untuk mengekalkan budaya dan seni persembahan Dabus Perak sehinggalah. Teater ini mengetengahkan pahit jerih mereka untuk memperjuangkan dan mengekalkan kegiatan kumpulan demi seni budaya negeri yang telah diwarisi turun-temurun. Kisahnya bermula apabila kumpulan ini kehilangan seorang Khalifah (Ketua Persembahan) yang menjadi nadi kumpulan. Pementasan diadakan pada dan 11 dan 12 Disember 2023, bermula 8.30 malam, di Auditorium JKKN Perak, Ipoh. Tiket terbahagi kepada Premium RM20, Biasa RM15 dan Pelajar RM10. Tempahan tiket boleh dibuat melalui talian 017-5780294.

Artist

Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP)

Kegiatan Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) sejak didaftarkan pada Julai 2017 bermula dengan kegiatan seni teater termasuk menjalankan aktviti kelas-kelas teater, pementasan dan bimbingan atau kejurulatihan. Dalam seni teater, PESKAP juga melakukan kerja-kerja rekaan dan pembinaan set dan prop untuk persembahan organisasi lain antaranya Tourism Perak Berhad, Majlis Kebudayaan Negeri dan JKKN Perak. PESKAP mengorak langkah lagi apabila berjaya mengumpul aset untuk membuat kerja-kerja dokumentasi, rakaman video atau penggambaran, suntingan dna rekaan grafik. Dalam masa yang sama ahli-ahli PESKAP semangkin kukuh yang terdiri dari kalangan graduan pengajian tinggi dan anak-anak seni yang berbakat besar dalam pelbagai bidang seperti seni visual, seni tari dan penyelidikan.

You Might Like

Nelayan Berkolek Exhibition
Palms Garden Beach Resort Sdn Bhd
Setiu
Terengganu
Okt 14
- Nov 15, 2023
10:00 am
Reviving Disappearing Food Culture through Artistic and...
JinnD Productions
Petaling Jaya
Selangor
Dis 9
- Dis 10, 2023
8:00 pm
Jaya Ram 2.0 - Penang and Ipoh
Sutra Dance Theatre (M) Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Perak National Chinese Orchestra Festival 2023
Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh
Ipoh
Perak
Dis 19
- Dis 23, 2023
8:00 am
Walimatulurus - Community Theatre Comes To KL
Projek Suatukala Sdn Bhd
Kuala Lumpur
Dis 15
- Dis 16, 2023
Battle of The Band #TalentUnited
Hezmusic Production
Kota Kinabalu
Sabah
Okt 22
9:00 am